Quantcast
Channel: There's Only 1 Masviona..EverGREEN!!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 98

Berniaga Secara Beretika

$
0
0
Terkejut saya masa browsing fb malam-malam sementara nak menungu anak baik tuisyen kan. Killing time lah orang kata buat hilang bosan.

Mata tetiba terbaca pasal ada yang dok kecok-kecoh buat status pasal kondem product orang kemudian buat comparison dengan product sendiri, as for me saya nampak seperti bertujuan untuk mengatakan yang product diri sendiri adalah bagus dan persuade orang supaya tertarik dengan product sendiri.

Pada saya ini adalah salah satu amalan yang tidak beretika seorang peniaga. Amalan kotor dan tidak jujur. Memanglah as a product owner kita sudah semestinya dan seharusnya menonjolkan kebagusan dan kelebihan product sendiri berbanding product orang lain tetapi haruslah mengikut etika-etika yang betul.

Business Ethics juga kena ada jika kita benar-benar ingin menjadi seorang ahli perniagaan. Jangan beria niat nak berniaga tapi tak persiapan ilmu didada dengan ilmu-ilmu bisnes dan Business Ethics nih. Ala sebenarnya uols business ethics atau etika bisnes ni sama je macam etika kita menjadi seorang manusia yang baik dan jujur lebih kurang jer pun kan cuma sket-sket jerlah bezanya tapi sepatutnya yang basic tu kita kenalah tau kan. Bukan lah nak kata saya nih pandai sangat tapi sekurang-kurangnya kita belajar kalau kita rasa kita tak suka orang buat macam tu kat kita jadi kita pun jangan buat benda yang tak elok tu kat orang lain....haaa mcm tuh.

Kita tidak seharusnya kondem product orang lain. Sangat-sangat tidak bagus uols.

Apa yang membuatkan saya lebih terkejut sudahlah disebut dengan jelas dan nyata nama product orang lain yang di kondem itu...tak ada tapisan langsung kot lah

Sebagai contoh

ubat gigi colgateditukar
sebagai colpagar ke kan

masih boleh la diterima ini tidak di mention nya sebijik sebijon nama product yang lain tuh.

Selepas tu boleh pula siap paparkan secara umum berapa harga kos yang diberi kepada agent berapa harga retail. Ini semua sekiranya mereka peniaga yang beretika mereka haruslah tau mengenai trading secret.

Trading secret = rahsia perniagaan sesebuah syarikat itu tidak boleh dibincangkan secara umum. Mana-mana syarikat pun pasti akan ada trading secret mereka sendiri tak kira perniagaan kecik ataupun perniagaan besar so sepatutnya kita harus respect itu.

Cuba kita lihat iklan-iklan daripada big-big company di kaca televisyen contohnya. Misalnya iklan sabun pencuci pingan AXION mereka nak compare dengan sabun pencuci yang lain kan tapi mereka tidak akan letak dengan jelas nama pesaing (competitor) mereka contohnya KUAT HARIMAU. mereka tak kan tulis KUAT HARIMAU paling kuraang pun akan tulis sabun pencuci XXX sahaja.

Nampak tak???

inilah yang dikatakan profesional.

Memanglah kita mesti dan wajib mengwar-warkan kepada seluruh pelusuk alam yang product kita baik dan bagus terbaik tahap gaban sekalipun tapi kita tidak seharusnya BLAME and KONDEM product orang lain.

Betul tak??

Berniagalah kita secara jujur, amanah, berhikmah dan beretika!

dan kita ambil benefit daripada the Power of Doing the Right Thing gitu.


Yang baik kita sampai²kan.. uols suka masviona.com? Sebarkan pada rakan anda di facebook dan twitter dan dimana² lah! thanks. Jangan lupa like fanpage masviona.com....mmuahhhh....XOXO! MV ~~Green Around The World~~ PS ~AD Glowing Party House - Your 1 stop Party Shop - Helium Balloons - www.facebook.com/glowingpartyhouse MV Comely - Produk kesihatan dan Kecantikan yang marvellous - www.facebook.com/MvComelyHQ

Viewing all articles
Browse latest Browse all 98

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Letting Go Quotes


Love Song lyrics that marks your Heart


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes